Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) – Sulaman Bunga Orkid

8 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 November 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari bahagian kemahiran KEMAS Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran kraftangan dalam kalangan ibu-ibu dan juga menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang diadakan.

Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah menyulam bunga orkid dengan menggunakan benang ½ inci. Antara teknik sulaman yang digunakan adalah detached chain, straight stitch dan French knot untuk bahagian tengah bunga manakala teknik Fishbone bagi daun di bahagian pangkal batang bunga orkid.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali